Solo Exhibition (+) mind • time • lines by Rozarina Johari

Galeri Al Biruni Admin | Archive | Fiber Arts, Solo

(+) Mind, Time, Line merupakan siri karya terbaharu Rozarina Johari yang dihasilkan sepanjang tahun 2020. Konsep yang diketengahkan ini mengambarkan simbol dan makna yang begitu luas mengenai pemikiran, masa dan elemen asas seni reka. Pameran solo ini memaparkan kelainan dari sudut identiti asal Rozalina Johari yang sebelum ini sudah dikenali menerusi karya yang bersifat sulaman dan tampalan.

Beliau acap kali muncul dengan karya pacthwork, quilt dan fiber art di pameran-pameran berkumpulan sebelum ini. Namun pastinya Rozarina mempunyai alasan tersendiri yang bersifat peribadi jika ditakrifkan dengan stail dan tema yang diketengahkan. Pameran Solo pertama oleh Rozarina Johari ini seakan cuba untuk mengajak penghayat berfikiran positif dalam menempuh segala macam dugaan.

Daya pemikiran dan akal adalah ‘kuasa tertinggi’ dalam mengenali sesuatu hakikat. Serta akal manusia mampu untuk mengetahui apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka. Pemikiran secara rasional pula merupakan persepsi dari pemikiran seseorang individu yang menilai dan melihat kehidupan mereka dari sudut yang mempunyai asas atau fakta yang kukuh serta boleh diterima oleh akal yang waras dan sihat. Pemikiran rasional akhirnya membawa kepada cara berfikir yang positif dan realistik di dalam diri seseorang.


VIRTUAL TOVR Solo Exhibition Rozarina Johari


Exhibition: 1st April 2021 – 23rd April 2021.
Virtual Opening: 6th April 2021 by Deputy Rector of Academic Affairs.

ebook catalog:

(+)mind•time•lines_eBOOK

Video perasmian:
Perasmian Pameran Solo Rozarina Johari

Type a keyword , then press ENTER on the keyboard

Type a keyword , then press ENTER on the keyboard