Norazliyani Mazli | Archive |
Di rasmikan oleh piala duli yang teramat mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima Binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
Batik UiTM Perak
27 September 2022
2.30 Petang
Dewan Seri Iskandar
Koleksi fesyen pakaian dan produk kraftangan yang direka cipta oleh kumpulan pensyarah dan pelajar jabatan Senireka Fesyen UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar. Ciri-ciri rekaan pakaian mengikut kesesuaian fungsi pakaian sama ada ke pejabat (formal wear) atau pakaian santai (casual wear) mengikut kategori sama ada lelaki atau wanita. Manakala rekaan kraftangan pula adalah produk atau barangan yang sesuai digunakan seharian samada di bawa ke pejabat, untuk melancong atau kegunaan harian. Warna dan corak motif berinspirasikan elemen flora fauna dan ikon yang terdapat di negeri P erak Darul Ridzuan. Antara teknik batik yang digunakan adalah Cetakan Blok dan Lukis Tangan Canting.